|
Fanfiction : Unreadble Future ( On-going)
Sunday 16 December 2012 | 22:53 | 0 Wizard Says
Nama aku Haruka Sakashita . Seorang pelajar Sekolah Tinggi Kanda , tahun 1
. Tahun ni aku akan mulakan kehidupan aku yang baru di sekolah yang baru . Tak
sabarnya , akhirnya aku dah jadi pelajar Sekolah Tinggi .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku berjalan sambil membawa beg selepas pulang dari sekolah . Ye la , rumah
dekat dengan sekolah jadi aku kena la berjalan untuk ke sekolah hari-hari .
Penat memang penat tapi bila dah jadi kewajipan benda tu pun dah jadi biasa .
"Tolong tangkap gambar tu" aku terdengar suara jeritan seseorang .
Gambar ? . Suuup satu kertas terlekat di muka aku . Angin kencang sangat
mungkin ? . Aku mengambil gambar yang terhinggap di muka aku tadi .
"Kucing?" tanyaku perlahan .
"Ah yang di sana ,awak ! err tu gambar saya . Boleh bagi balik ? " tanya seorang lelaki kepadaku . "Ah ya ,nah " jawabku sambil menyerahkan gambar tadi . "Kau memang suka kucing eh ? " tanya aku kepada lelaki yang aku baru jumpa tadi . " Tak la sangat , gambar tu untuk assigment aku" balasnya atas pertanyaanku . "Oh ok , kau dari mana ? tak pernah nampak pun kau sebelum ni kat sini ? " tanyaku lagi . " Aku dari Tokyo , baru berpindah ke Kyoto" balasnya pantas . "Oh " jawabku ringkas. "Pernah pergi Tokyo?" tanya dia kepadaku . "Tak pernah lagi ,nanti bila aku besar aku akan pastikan yang aku akan pergi sana" balasku dengan semangat yang berkobar-kobar . "HAHAHA Besar ? bila kau besar ? bukan kau dah besar ke ni ? dah besar panjang kot" balasnya sambil disusuli gelak ketawa . "Jangan lah gelak , betul la aku akan pergi sana bila aku besar " balasku sambil membuat muka . "Jap , bila kau besar ? Kau umur berapa ?" tanya dia kepadaku . "Aku 15" balasku pantas."15 ? Tak mungkin ! tapi kau nampak macam pelajar Kolej kat sini , takkan la kau umur 15 ? Kau nampak matang dan dewasa . Paling kurang pun kau umur 17 kan ?" jawapan serta soalan bertubi-tubinya menghentam aku . "Kau nampak tak yang aku pakai pakaian seragam Sekolah Tinggi Kanda ? Nampak tali leher aku ni warna hijau ? Hijau untuk tahun satu . Merah untuk tahun 2 dan warna Biru untuk tahun 3 , jadi aku ni tahun satu la ! " balasku kasar . " Um sorry sorry , tak sebab kau tak nampak macam pelajar sekolah tinggi pun ,sorry la " katanya sambil meminta maaf . "Ok la ok la , Kau pulak umur berapa ? " tanyaku kepada dia . "Aku 88 , tahun depan genap umur aku 89" balasnya sambil menjelir lidah . "Wey tipu ! kau tipu " jeritku kepada dia . "A'aah memang tipu ,kau percaya ke ? " tanya dia sambil ketawa . "Mana ada" balasku pendek sambil membuat muka tak senang hati . "Alahai kau ni comel betul , memang pelajar sekolah tinggi " balasnya sambil mengosok rambutku . Merah padam muka aku bila dia buat begitu . Tapi lembut saja usapan tangan dia di rambutku . "Aku 19 , aku pindah Kyoto sebab nak sambung belajar kat Universiti Kyoto . Aku tinggal dengan kengkawan aku kat asrama pelajar universiti " dia memberitahuku dengan riak wajah yang serius . Aku tanya umur sahaja rasanya ,tapi tak apa la dah dia nak bagitau tentang tempat belajar dia . "Wah , rupanya kau pak cik tua " balasku atas jawapan dia . "Eh budak kecik , bebaik sikit . 19 tu muda lagi la lagipun 'age is just a number' " balasnya sambil membuat muka cekodok sepuluh sen . Aku dan dia ketawa . Tanpa disedari dah sejam lebih aku sembang dengan dia ditepi jalan . "Um dah pukul 4.30 petang ni aku balik dulu ok ? " kataku kepadanya . "Aaah aku pun dah lewat ni ,esok pagi ada kelas , Bai jumpa esok Nenek ! " balasnya sambil berlari . "Aaa ! Pakcik tua ! " jeritku . Malangnya dia dah jauh , aku berjalan pulang ke rumah . Aku tak tau kenapa tapi dia buat aku gembira . ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Seperti biasa aku pulang dari sekolah dengan berjalan kaki . Agak-agak aku akan jumpa dia lagi tak ? Tapi dia pelajar Universiti , mesti sibuk dengan kelas .Aku mengeluh perlahan-lahan . "Nenek ! " jerit satu suara , aku menoleh . "Pakcik tua" terkejut aku apabila disapa sebegitu . "Bebaik sikit mulut kau nenek" kata dia sambil menjelir lidah . "Kau buat apa kat sini ? " tanya aku kepada dia . "Kan aku cakap jumpa esok semalam ,ish kau ni " katanya sambil muncungkan mulut dia . "Ye ke ? entah tak ingat " balasku . "Jap , nama kau apa ? aku masih tak tahu nama kau apa " tanya dia kepadaku . "Haruka , Sakashita Haruka " aku menjawab soalannya . "Haruka ? sedap nama tu. Aku Kai , Akiyama Kai " jawabnya sambil tersenyum . Ahh senyuman dia ...boleh cair aku macam ni . "Jom aku belanja kau makan kat Kafe depan tu " ajak dia . " Arr tapi.." belum sempat aku menjawab dia menarik tanganku dan mengheretku ke Kafe depan Taman perumahan aku . |