|
FanFiction : To You
Thursday 29 November 2012 | 06:26 | 0 Wizard Says
Aku nak berubah tapi sampai la , aku rasa benda ni terlebih overloaded kot . Memang la aku taknak lemah dah tapi dengan kasi Ketua Pelajar Matsutaka Fuku yang kejam tahap Menara Tokyo tu memang lah menyeksakan . Cikgu cakap yang rekod kokurikulum aku kosong ,dan tahun depan aku dah nak masuk Universiti . Aku mesti ada rekod kokurikulum sebab takut susah nak masuk U nanti jadi cikgu pun suruh Ketua Pelajar si Ahli sihir tu training aku untuk Kejohanan sukan . Aku kena main besbal , seriously ? Basuh pinggan pun mak aku tak benarkan tetiba kena main benda kasar macam tu ? . Arhhhh kenapa ? . "Woi ! Kau ok ke ? " tanya Fuku si Ahli sihir . " Pening sikit " jawab aku perlahan . "Ek eleh ,mengada-ngada sungguh ! Aku suruh kau exercise kau pening pulak , nak mengelat ke ? Dah ! Bangun buat senaman cepat ! " Ahli sihir yang mulut banyak tu mengarah aku . " Ye la " jawab aku perlahan , nak panggil dia Ahli sihir tak boleh sebab cikgu ada kang tak pasal-pasal aku yang kena ." Kau lepas sekolah ni jangan balik lagi sebab ada latihan sikit cikgu suruh train kau Ok ? " Ahli sihir tu membuka mulut ."Hm ye la ye la " aku mengangguk lemah . Aku berjalan perlahan menuju ke loker kasutku . Terdapat secebis nota yang tertulis ''lepas sekolah ,naik kat gelanggang tenis sekolah atas puncak" terkejut aku baca . Seriously ? Dah la tinggi tak pasal-pasal kena panjat naik anak tangga . Sekolah aku ni memang la atas gunung tapi takla berapa tinggi , tapi gelanggang tenis tu gila punya tinggi . "Daki , daki " aku mengomel . Akhirnya sampai jugak aku ke Gelanggang Tenis tuh , "Lembapnya kau ! kura-kura ke apa ? " Ahli sihir tu memerli aku . "Agak-agak arr ! tinggi kot ! " aku membalas . "Memang la tinggi tapi senang je nak naik ,kau tu yang complain melebih-lebih" kata-kata dia tu bagaikan bom nuclear yang dilepaskan straight terus jatuh terkena aku . "Kau nak train aku apa ? " aku bertanya dia . "Aku akan main game dengan Aikawa Suyuki dan kau kena kutip bola-bola tenis yang terlepas ok ? " selamba badak dia mengarah aku ! . "Kau gila ke apa ? kau ni tu bukan training ! " aku memprotes tanda tak puas hati . "Ah tak kira" kata Ahli sihir tu sambil menjelir lidahnya yang dah macam ular sawa tu . "Hai hai ,apa ni ? Ish kau ni Fuku tak baik buli budak perempuan ,lagipun kesian dia " suara itu tiba-tiba menyapa kami berdua . Ahh Aikawa Suyuki yang baik tahap gaban tu memang supercool bukanya macam Ahli sihir tu ,harap je hensem tapi perangai macam ular . "Biarkan dia ,lagipun aku kena train dia " Si ahli sihir membalas . Game pada petang tu memang hebat , sesungguhnya Suyuki dan Fuku memang mahir main Tennis ! . "Hah , bola dah terkeluar ,kau masuk hutan gi cari sekarang" arah si ahli sihir . "Wey kau ,tapi wey ,hutan tu ,urghhh! " terpaksa jugak aku ikut kata-kata dia . Aku berjalan perlahan-lahan ke dalam hutan tiba-tiba suuuuup . "Ah kat mana aku ni ? " soalku . Oh ya ,tadi time tengah berjalan aku tergelincir . Malasnya nak bangun ,rehat kejap la . "Woi pemalas ! " aku tersentak apabila mendegar bunyi suara itu . "Oh aku suruh kau cari bola,kau tidur ! Dah jom balik ,dah lewat ni " si ahli sihir mengarah . "Tapi bola ? " tanyaku perlahan . "Aku jumpa sejam yang lalu saja nak tengok kau " katanya sambil ketawa jahat . "Memang ahli sihir " balasku perlahan . "Hah kau kata apa tak dengar ? " tanya dia kepadaku . "Ah tak ada apa-apa" balasku pendek . Jam menunjukan pukul 7.30 malam ,serius dah lewat ,macam mana aku nak balik ? Sekolah dari rumah jauh . "Krik" aku terdengar bunyi basikal dan aku terlihat si ahli sihir menuntun basikalnya , nak belah dah la tu . "Um wey , rumah aku jauh la ? boleh tumpang?" tanyaku baik-baik . "Tak boleh , dah aku balik dulu ! Bye! " jawabnya pantas dan terus meninggalkan aku . "Weyyyy" air mata mula bergenang ,dah la aku perempuan , kena duduk sorang-sorang malam-malam camni . Kalau nak balik pun mesti ayah jemput pukul 9 lebih . Lama tu . Aku mengeluh dan duduk , tanganku menutup mata mengenangkan nasib yang oh myy terlalu malang . "Wey , aku melawak je ,naiklah " aku mengangkat perlahan kepalaku apabila terdengar suara itu . " Ha ? Serius ?! Aaa tunggu ! Thanks ea ? " kataku pantas sambil duduk di belakang basikal ahli sihir . Baik jugak Ahli sihir ni ,omel ku perlahan . ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ "Saya nampak awak macam rapat je dengan Fuku " tanya Rea kepadaku . "Ahaha rapat sebab kena paksa la agaknya " balasku sambil tersenyum . "Mari saya tolong bawakan buku tu" pelawa Rea kepadaku . "Ah ya ," jawabku perlahan . Lagi sekali belas kasihan yang aku tak minta . Kami berjalan perlahan menuju ke kelas . Waktu perlajaran kedua terakhir sudah hampir tamat ! Ya rancangan melarikan diri akan dimulakan Muahahaha . "Rea , jangan bagitau Ketua Pelajar yang saya dekat bilik rawatan ok ? " aku memberitahu Rea . "Ah , awak sakit ke ? " tanya Rea lembut . "A'aah ye " jawabku perlahan . Takla aku sebenarnya tak la sakit sangat tapi sakit hati ,Ok la tu kan ? sakit jugak . Aku berjalan menuju ke bilik rawatan , lebih baik jika aku tidur ."Yamiya ,sebentar lagi akan ada orang tolong jaga kamu ok ?" beritahu Shukaga sensei kepadaku . "Ah ya , terima kasih cikgu" balasku kepada guruku sambil melihat dia meninggalkan bilik rawatan . "Sakit ke ?ke buat-buat sakit" suara tu menerjah ketika aku melelapkan mataku . Oh tidak,macam mana ahli sihir tu tahu yang aku ada di sini . "Kenapa kau boleh ada sini pulak ? " tanyaku tanda terkejut secara tiba-tiba . "Well , aku kan Ketua Pelajar,segala kebajikan pelajar kat sini aku yang jaga lagipun aku ni prihatin dan bertanggungjawab " balasnya panjang ibarat memberi syarahan . "Perasan " omelku perlahan . "Ha tunggu apa lagi ? jom ikut aku berlatih main tennis! " arah ahli sihir tu . "Kau bukan latih aku main tennis tapi kau suruh aku kutip bola tennis yang kau main! " balasku . "Peduli apa aku ? " balasnya pendek . Urghhhhh . Hampir seminggu aku kutip bola tennis tu ,terseksa jiwa dan raga . Mana pernah aku buat kerja yang memenatkan sampai macam tu . Akhirnya hujung minggu sampai juga . Selamatlah aku . ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ "Sayang ,turun ada kawan kamu datang nak jumpa kamu " ibuku memanggilku . "Hah kawan ? kawan apa datang pagi-pagi buta camni ? baru pukul 7 ibu " balasku panjang . "Turun je ,lagipun budaknya baik ,ibu suka , Boyfie kamu ea ? " tanya ibuku . "Hah ? lelaki ? " balasku pendek . "Iya" ibuku menjawab . Jangan-jangan mintak-mintak la tak . "Ha,bangun jugak anak dara pemalas ni" suara itu bersuara . "Kau nak apa ? jangan la kacau aku pagi-pagi buta ni ,biarla aku berehat jugak " leterku panjang lebar . "Jom jogging , mak cik saya nak bawa anak makcik jogging boleh ? " "Boleh je , jaga dia elok-elok ok ? " balas ibuku . "Tapi ibuuuu ? urghhhhh " terpaksa aku mengikut kata-kata si ahli sihir tu . Penat pagi tu aku Jogging . "Dah sejam ni ,aku balik dulu ok ? " bilang ku perlahan . "Eh siapa kata kau boleh balik ? Kau kena training kat pusat latihan besbol " balasnya dengan kejam . "Tapii......." belum sempat aku habiskan dia sudah menarik tanganku pantas dan berlari ke Pusat Latihan Besbol . Aku masuk ke dalam pusat latihan tu , nampaknya peserta harus berlatih di bilik kecil yang mempunyai jaring . "Kau aim betul-betul ,kalau tak ,tak boleh makan " balasnya kejam . "Kau ni memang la ! " kataku dan kemudian sambung berlatih kembali . Tak kena ,tak kena,tak kena . Apa ni ? satupun tak kena ! . Mati kebulur la aku kat sini . "Wey dah 120 pukulan tapi still tak kena , aku lapar ,makan dulu ok ? " pujukku . "Tak kira sampai 220 ke , 330 , 1140 ke ,kalau tak kena tak boleh makan " balasnya panjang . Tiba-tiba aku lihat Suyuki masuk ke gelanggang berlatih di sebelahku . Yosh harus berjaya . Aku aim dengan seaim-aimnya {ayat tak pernah orang guna} "1,2,3..Yoshh! " "Babb" Kena , Bola yang aku baling kena tepat di Dart . Tersembur air yang Fuku minum . "Biar betik minah ni " aku dapat dengar ayat-ayat tu keluar dari mulutnya . "Nasib ,aku tak mati kat sini" aku bersyukur dan gembira . "Wah tak sangka Ami ni hebat jugakkan ? " suara Suyuki menerjah telingaku , aku dapat tengok senyumannya . Ahh , boleh cair aku tengok Suyuki ni . "Selalu berlatih ke ? " tanyanya lagi . "Ah ya ,hehehe " padahal aku baru berlatih hari ni je . Biar la ,kena puji kot . Aku dapat lihat riak muka Fuku tak puas hati , ni mesti kes tak puas hati tak leh buli dan malukan aku . "Wey kata lapar , jom la makan " ajak Fuku . "Ah ya ,hm ok " balasku . Petang tu si ahli sihir tu yang belanja aku makan . Dia ni baik ke jahat ? aku keliru la. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Hari-hari aku berlatih untuk kejohanan sukan . Akhirnya hari yang ditunggu tiba . "Kau tengok aku main besbol kan ? " tanyaku kepada Fuku . "Sorry tak leh sebab aku ada perlawanan tennis ,bola sepak,memanah dengan bola keranjang pada hari yang sama" balasnya panjang . "Oh ye ke ? hm tak apa la kalau macam tu " balasku kepadanya . "Kalau sempat ,aku akan tengok kau main ok ? " Fuku berkata kepadaku . "Hahaha ok " balasku sambil tersenyum . Aku bermain dengan segala teknik yang Fuku ajarkan ,akhirnya ! Team kami menang . "Aku menang ,rekod aku selamat ! " jeritku kepada Fuku ketika dia bermain bola keranjang . Dia melihatku sekilas pandang dan tersenyum . Setelah perlawanan dia sudah berakhir aku berlari ke arah dia . "Tahniah ! " sebutnya pendek . Aku hanya tersenyum . "Seronok la kau ,lepas ni tak ada orang nak buli kau lagi " Fuku menyebut perlahan-lahan dengan riak muka yang sedih . "Ah ya " jawabku kembali . Malam tu aku pulang ke rumah , bosan , selalunya mesti ada mesej dari Fuku yang menyuruh aku bersenam walaupun pada waktu malam . Tapi malam tu inbox aku kosong .Keesokannya aku berlari ke arah Fuku tapi dia buat tak tahu saja . Petang tu aku berjalan menuju ke gelanggang tennis sekolah mencari Fuku . "Woi! " jeritku kepadanya ketika melihat dia berlatih sendirian . "Kau nak apa ? balikla ,dah lewat " jeritnya kembali . "Nak apa ? aku nak kau la ! " jeritku kembali . Ohh myyy apa yang aku cakap ni ? Gila ke aku ni ? Aku menekup mulutku . "Nak aku , bukan kau nak Suyuki ke ? " balasnya sinis . Dia ni memang sengaja . "Ye ,nak kau ,nak kau seorang je ! sebab aku sukakan kau la Ahli sihir ! " jeritku kembali . Dia ketawa aku dapat lihat dia ketawa . "Dah jom balik " jawabnya pendek sambil menarik tanganku untuk mengajakku pulang . "Aku tak percaya diri aku dulu,aku lemah ,kau yang kuatkan aku tau ? " beritahu aku kepadanya . "Kau tu sebenarnya sumber kekuatan aku " jawabnya sambil tersenyum . Aku bahagia ,terima kasih sumber kekuatanku . ~ |