|
Fanfiction : I Would (On-going)
Sunday 3 February 2013 | 02:47 | 0 Wizard Says
I Would
"Weyh!" dia menyapa . " Dah kau kenapa ? tetiba dengar lagu camni ? " tanya dia . "Tak layakkah aku yang lembut ni nak dengar lagu macam ni ? " tanyaku kembali . " Lembut ? " Pecah tawa dia mendengar kata-kata yang baru aku tuturkan tadi . " Lembut pebenda , dah la tak waras . Selalunya kau dengar lagu heavy rock , tetiba tukar taste dah kenapa ? " "Biar la , tau la kau suka dengar lagu country pun . Genre tu untuk semua ok ? bukan untuk kau dengar sorang je " aku membidas . Hah ambik kau , nak cari pasal sangat . Dia terdiam . Kalah la tu , Yes aku menang . Gelak jahat dalam hati . " Tak , bukannya apa rasanya macam entah , macam tengok kucing jadi bestfriends dengan tikus kau tau tak ? " jawabnya dengan muka selamba badak tak bersalah . " Weyh kureng kau ! " jerit aku . Mamat ni memang nak kena tembak dengan peluru berpandu , sekali aku tornado terburai isi perut . Dia ketawa dengan kuat . Kenapa la aku selalu kalah dengan dia ? . "Dah jom , habis masa sembang sini , jom ! " dia mengajak . Dia nak bawak aku ke pustaka buku tepi pantai . Cantik pustaka tu . Cantik sangat , bila baca buku rasa tenang sebab menghadap laut . Aku pun tak tahu macam mana boleh terpengaruh dengan aktiviti dia yang entah apa-apa ni . "Termenung apa tu ? bukannya anak raja turun dari langit nak kawin ngan kau pun , dah jom " dia menyapa lamunan aku sambil menjelir lidah . ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ "Um , lepas balik belanja aku aiskrim tau ? " aku bersuara sambil buat muka comel . " Tak nak , elaun aku memanjang habis kat aiskrim kau je " balas dia . "Ala , kau kan selalu belanja aku , please ? " aku merayu sambil buat puppy eyes . Belanja jelah , kedekut siot mamat ni, tapi kedekut kedekut pun selalu belanja aku aiskrim hehe . "Ye la , ye la " dia mengalah . Yeeha aiskrim akan jadi milik aku . " Maaf dik , aiskrim yang adik selalu makan abang tak jual hari ni , aiskrim tu abang jual bukannya ada orang beli " penjual aiskrim itu menuturkan kata-kata kepadaku . " Tapi saya beli " balas Jinho . " Adik sorang je beli , yang lain taknak beli " balas abang aiskrim tu . Aku tarik muka kelat . " Abang , um jual je la aiskrim jenis tu satu setiap hari nanti cik adik tepi saya merajuk pulak " Jinho bersuara sambil mengerling ke arahku . Aku mengembungkan pipiku , tanda protes . " Ok ok esok abang jual tapi semua jenis aiskrim kat sini dah habis laa adik , tinggal coklat je " abang aiskrim itu menjawab tanpa ditanya . "Cik adik ni cerewet , aiskrim coklat tak nak makan , spesies apa pun aku tak tau haish " kedengaran Jinho mengeluh . Mengutuk ah tu . "Tak pe la bang , bagi tembikai fresh ni ok ? " . Jihon order termbikai ? Lewls . " Makan la ok ? sejuk jugak , esok aku dapatkan aiskrim tu untuk kau " Jihon memujuk . " Hm ye la tapi aku nak tembikai yang besar tu ! " balas aku sambil terjerit-jerit macam anak kera . Nasib aku ni anak manusia kalau tak mesti orang ingat aku ni spesies kera . " Eh kau ni bab habiskan duit aku memang kau number satu , ingat boleh jimat hari ni " Jihon mengeluh . Aku buat muka tak tahu , haha memang kau wajib belanja pun so tak boleh kata no ! . Sambil makan tembikai aku teringatkan kisah lama . Kalau la kisah tu tak terjadi mesti aku takkan rapat macam ni dengan Jihon . Aku still ingat lagi time tu . " Hah ? saya dengan budak forever alone tu ? , tak mungkin lah ! " Aku dihina sebegitu rupa di depan hampir semua pelajar senior dan junior . Malu siot . Shin wok menafikan yang dia ada hubungan dengan aku di depan girlfriend dia yang superhot tu . Superhot laa sangat . Menyampah gila . Gamak dia cakap aku Forever Alone . Masa tu aku di tahun 2 (16 tahun ) . Shin Wok ajak aku keluar , dia cakap dia sukakan aku . Rupanya tu hanya pertaruhan dengan kawan-kawan seladang dia yang entah apa-apa tu . Time tu Tuhan je tau betapa malunya aku , Shin Wok hina aku . Dia cakap aku ni dah la tak femes , tak da orang nak kawan dengan aku pulak tu . Well , aku memang tak berkawan dengan orang , tak kuasa nak campur ngan manusia yang tak berspesies macam budak sekolah aku . Tiba-tiba mamat mana entah , nak berlagak jadi superhero tetiba mengaku aku ni girlfriend dia . Yang paling tak boleh belah tu adalah yang mengaku tu Ketua Pelajar yang super femes Park Ji Hon . Dia tahun 3 time tu 17 tahun ) . Merana junior-junior dan sengangkatan yang tengah gelak kat aku . Hah ambik korang , hina sangat aku . Tup tup Ketua Pelajar cakap aku girlfriend dia . Dah la hensem ..Eh hensem ke ? Jihon bagi amaran dekat Shin Wok jangan ganggu aku lagi . Semua pelajar-pelajar kat situ senyap je . Macam hakim ketuk kayu and then bila dia cakap , satu mahkamah diam . Tanpa membuang masa yang penting ibarat makanan aku pun belah . Malas nak cakap , tapi tetiba Jihon follow aku dengan muka tersengih . "Thanks , btw kenapa tolong ? " tanya aku . Terpaksa gak ucap terima kasih sebab dia dah tolong aku . Kang tak cakap dicatitnya nama aku dalam buku displin , rosak rekod pelajar aku yang putih lagi bersih bak kapur kasut jenama BFirst . " Sama-sama , sebab kita kena tolong kawan kita kalau dia ada masalah" . Ewah mamat ni , melebih nampak . Sejak bila aku jadi kawan dia ? Kenal dia pun sebab dia Ketua Pelajar kalau tak memang tak hadap ah aku muka dia yang entah apa-apa tu . "Gila" balasku sambil berlalu pergi . Ni baru terserlah ke-cool-lan aku . Macam drama City Hunter . Segak ah Lee Min Ho . " Jom balik sama-sama " ajak Jihon . Mamat ni macam nak kena sepak je , aku tak kenal dia tetiba ajak balik sama . Lantak ah , yang pasti aku nak belah . " Eh , tunggu " dia menjerit . Hek eleh jerit macam anak penguin mintak tolong . Nama je lelaki . Sejak tu hari-hari aku balik dengan dia . Macam bodyguard la pulak . Oh lupa dia kan bodyguard a.k.a pembantu aku . Sebulan lebih balik dengan dia baru aku start cakap dengan dia . Ye lah , majikan mana boleh selalu cakap dengan anak buah . Jatuh standard . Hek eleh tak silap standard Jihon lagi tinggi kot dari aku . " Kau kenapa ? selalu teman aku balik " tanya aku dengan suara tak ikhlas. Aku ulang tak ikhlas ok ? bukannya suka suka aku nak sembang ngan dia . " Nak jaga kau " . Tersentap aku , alahai terharu kapilari darah aku . Kapilari darah aku je ok ? aku tak . Aku kan keras hati , tak cair lah dengan pujian macam tu . Tak makan saman . " Gila " aku balas dengan dingin . " Kenapa kau selalu kasar dengan aku ? " "Sebab aku tak kenal kau " . " Kalau macam tu jom la kenal dengan aku '' . " Tak nak " Kenapa ?" Sebab aku tak suka kawan dengan orang " " Kenapa ?" " Tak tahu " . Dia diam . Kalah kalah kalah . " Aku akan cuba jadi kawan kau jugak ! " balas dia dengan semangat berkobar-kobar ibarat menyahut seruan IM4U dalam Tv tu . ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ " Kau pehal senyum-senyum ? Kau tau tak kau tu tak layak nak senyum ? Dah la perangai macam Nenek Sihir " Jihon menyergahku . " Wowowo , tak sayang mulut kau ni . Nak aku lempang ke ? " Aku mengugut sambil tayang penumbuk . " Tumbuk la , kau tumbuk bukan saki...." Debukkk " sebelum Jihon habiskan ayat dia satu set penumbuk Edisi terhad hinggap di perutnya . " Gila ! Nak bunuh aku ? " Jihon mengerang kesakitan ibarat memerang mintak ikan . Jihon membuka langkah . Nak kejar aku la tu . " Dah la aku mengalah " balasku perlahan . "Aik ? Kau ? Mengalah ? Mesti ada apa-apa muslihat " Jihon buat muka syak wasangka . Aku tersengih . " Weirdo " Jihon membuka mulut sambil tersenyum sinis . Mamat ni memang nak mati dengan aku ni . |